• Football News Malaysia

NIK SHAHRUL TUNGGU MASA UNTUK BERAKSI


Pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC, Nik Shahrul Azim tidak kisah diturunkan sebagai pemain gantian sebaik sahaja Liga Super kembali bersambung bagi mendapatkan semula tahap kecergasan selepas berdepan kecederaan.


Nik Shahrul dihimpit kecederaan lutut sejak November tahun lalu menyebabkan dia terpaksa diketepikan dalam sembilan perlawanan yang telah berlangsung ketika ini.


Namun, kecederaannya semakin pulih dan dijangka akan kembali beraksi bagi mendapatkan semula minit permainan di mana dia sememangnya telah bersedia meskipun sekadar diturunkan sebagai pemain gantian.


“Saya dah mula berlatih bersama mereka di padang dan sekarang memang sudah hampir pulih sepenuhnya cuma tidaklah 100 peratus lagi.


“Memang hampir separuh musim tidak bermain, jadi rasa agak kekok sedikit, lagipun doktor cakap tempoh enam bulan baru betul-betul akan pulih sepenuhnya.


“Jadi, ini dah nak dekat enam bulan, InsyaAllah harap selepas liga bersambung balik dapat turun beraksi walaupun sekejap,” katanya.


Bagi bekas pemain Kelantan ini, kecederaan yang dialami itu sememangnya menjadi halangan besar untuknya memulakan musim 2022 dengan lebih menyakinkan.


Namun, dengan baki saingan liga yang masih ada ketika ini masih membuka ruang kepada Nik Shahrul untuknya kembali menyerlah.


“Sebelum ni saya menjalani latihan ringan di tepi padang sahaja, jadi lega apabila dapat berlatih semula dalam padang.


“Cuma sakit tu masih lagi terasa, tetapi tiada masalah, saya percaya saya akan boleh beraksi semula dengan lebih baik selepas ini”, tambahnya.


Kuala Lumpur City FC ketika ini berada di tangga kelima Liga Super selepas sembilan perlawanan


 

Post Credits : https://www.malaysianfootballleague.com/articles/nik-shahrul-tunggu-masa-untuk-beraksi/


Reposted: Footballmamak.com

Date: 5/6/2022

3 views

Recent Posts

See All