• Football News Malaysia

SARAWAK UNITED AWASI KELINCAHAN FORESTIERI



Penyerang Sarawak United FC, Nur Shamie Iszuan Amin menganggap penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri antara ancaman besar yang perlu diawasi untuk aksi pusingan kedua Piala FA, malam esok.


Jelasnya, JDT pastinya akan menurunkan kesebelasan terbaik dalam memastikan slot sukh akhir dalam genggaman, namun Sarawak United lebih bersedia dalam menghadapi tentangan tuan rumah terutamanya beberapa pemain import mereka.


Menyifatkan Forestieri antara salah seorang penyerang yang berbahaya, Shamie percaya sekiranya pasukan mempamerkan disiplin terbaik atas padang, tidak mustahil kemenangan mampu menjadi milik mereka.


“Kami datang ke Johor berdepan JDT bukan untuk kalah, walaupun kita tahu mereka bukan mudah untuk ditewaskan lagi-lagi bermain di laman sendiri.


“Tetapi kami akan cuba buat yang terbaik dan apa-apa sahaja boleh and berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan.


“Kami akan memberi lebih tumpuan kepada beberapa pemain mereka seperti Forestieri sebab kita tahu dia memang seorang pemain yang mempunyai larian pantas dan ada teknik yang cikup baik.


“Tetapi kalau kami lebih berdisiplin malam esok, tidak mustahil kita akan dapat mengawasi dengan lebih baik pemain-pemain mereka malam esok”, katanya.


Sementara itu, ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Hassan Sazali Waras menghormati lawan seperti Sri Pahang FC yang lebih berpengalaman selain mahu anak buah menikmati sebaiknya aksi malam esok.


Jelasnya, dia tidak menjangkakan apa-apa kejutan tetapi ingin barisan pemain beraksi sebaiknya dalam memberi saingan hebat kepada anak buah Christophe Gamel memandangkan ini adalah kali pertama Skuad Projek FAM-MSN mara ke pusingan kedua Piala FA.


“Saya tidak boleh nak jangka apa-apa kejutan yang boleh berlaku tetapi kita akan bermain seperti biasa di mana ini adalah perlawanan yang agak besar kepada kami memandangkan ia kali pertama kami layak ke pusingan kedua Piala FA.


“Tetapi saya harus akur dengan pasukan lawan yang tidak boleh dipandang rendah sebab mereka ada kualiti tertentu dan sejarah yang besar terutamanya di pentas Piala FA.


“Cuma kali ini saya akan bagi ruang kepada pemain-pemain yang masih belum beraksi sebelum ini untuk malam esok, jadi mereka yang pernah bermain boleh rehat sebelum aksi Liga Premier lawan UiTM FC, minggu depan”, katanya.


Empat perlawanan pusingan kedua Piala FA akan berlangsung esok di mana dua lagi aksi adalah membabitkan Melaka United FC menentang PJ City FC dan Perak FC menerima kunjungan Penang FC.


 

Post Credits :https://www.malaysianfootballleague.com/articles/sarawak-united-awasi-kelincahan-forestieri/


Reposted: Footballmamak.com

Date: 25/5/2022

2 views

Recent Posts

See All