• Football News Malaysia

NIK SHARIF MAHU BANTU TERENGGANU FC



Pemain tengah baharu Terengganu FC, Nik Sharif Haseefy mengakui bukan mudah untuk meninggalkan rakan sepasukan di Selangor FC dalam baki saingan Liga Super musim ini.


Pemain berusia 25 tahun ini dipinjamkan ke Terengganu selama enam bulan dan bersedia untuk menampilkan aksi terbaik bersama pasukan baharunya itu pada musim ini.


Namun, dia tidak menolak bukan mudah untuk membuat keputusan tersebut apatah lagi untuk meninggalkan rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan dalam mengharungi musim bersama Selangor sebelum ini.


Photo credit: https://www.facebook.com/footballclubterengganu/posts/1474053566358653


🏴🏳️ NIK SHARIF SERTAI PASUKAN TERENGGANU FC 🏴🏳️ Pasukan Terengganu Football Club menandatangani Nik Muhammad Sharif Haseefy Bin Mohd Lazim secara pinjaman dari Pasukan Selangor FC selama tempoh 6 bulan sehingga akhir musim ini. Pemain tengah berusia 25 tahun yang berasal dari Pahang ini memulakan kerjayanya bersama akademi Pahang dan beraksi bersama pasukan senior pada tahun 2018 sebelum menyertai pasukan Selangor FC....See more

 

“Mula-mula bila dah buat keputusan, kawan-kawan dekat Selangor ada pujuk juga, terutamanya Fazly Mazlan.


“Tapi saya tahu ini keputusan terbaik untuk datang ke Terengganu, cari minit permainan dan saya ke sini pun secara pinjaman.


“InsyaAllah apabila saya dah dapat balik prestasi yang terbaik, tahun depan mungkin peluang lebih tinggi untuk saya memberikan yang lebih cemerlang kepada Selangor”, katanya.


Dalam masa sama, Nik Sharif yang pernah beraksi bersama Pahang sebelum ini tidak menolak masih perlu bekerja keras seandainya ingin menambat hati Nafuzi Zain bagi memastikan dia dapat turun beraksi dengan lebih kerap.


“Saya boleh beraksi sama ada di bahagian sayap dan tengah menyerang, dan saya selesa di posisi itu.


“Tetapi ada juga pemain TFC lain yang berkualiti seperti Faisal Abdul Halim, Faiz Nasir, jadi bukan mudah juga untuk saya bersaing, sebab itu saya kena kerja lebih keras kali ini”, tambahnya.


Untuk rekod, Nik Sharif sempat beraksi dalam satu perlawanan bersama Selangor FC dan empat perlawanan bersama Selangor FC 2 pada musim ini, dengan menjaringkan empat gol di Liga Premier.


 

Post Credits : https://www.malaysianfootballleague.com/articles/nik-sharif-mahu-bantu-terengganu-fc/


Reposted: Footballmamak.com

Date: 12/6/2022

 


2 views

Recent Posts

See All